Friday, September 5, 2014

PRE-ORDER PATCHWORKS!!!

CARPET PATCHWORK
 
ETA 15 Sept 2014

Carpet Patchwork - 160cm x 210cm
Carpet C - RM135 shj
Carpet CP - RM140 shj
Harga termasuk postage ke Semenanjung M'sia - Gdex or KTMD/Pos Malaysia

Booking payment RM50 shj - settle payment before kami post out

Nak dapatkan harga BEST???
Whatsapp/sms/telegram/wechat kami di 010-2261609 or
E-mail ke lavendarwardrobe@gmail.com















Thursday, April 17, 2014

7 Strategi Bebas Dari Hutang!


Post image for 7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang!

4 Prinsip Asas Urus Kewangan


Prinsip #1: Beli secara tunai.

Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.

Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.

Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.

Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual. Downgrade life style buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.

Antara perkara yang boleh dipertimbangkan:

(a) Jual barang yang bukan keperluan
(b) Hentikan tabiat merokok (banyak boleh jimat tu!)
(c) Hentikan langganan Astro (atau tukar pakej lebih murah)
(d) Masak sendiri, makan di rumah dan bawa bekal ke pejabat
(e) Pindah rumah yang lebih kecil atau sewa yang lebih murah

Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.

Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji (bukan tunggu duit lebih hujung bulan). Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank. Yang penting mesti menyimpan.

Prinsip #4: Bina pendapatan kedua.

Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%!

Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.

Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!

7 Strategi Bebas Dari Hutang


Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.

Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.

Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.

Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.

Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.

Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.

Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!

Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.

Memang tak dapat merasa sangat duit bonus tapi kena mujahadah la sikit.

Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Jangan gatal tangan usik dana tu! Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!

Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!

Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.

Nota Jutawan Nota Kewangan Irfan Khairi

Tip terakhir, baca banyak buku-buku kewangan. Buku seperti “Jutawan Dari Planet Jupiter” (Azizi Ali), “Nota Jutawan, Nota Kewangan” (Irfan Khairi) tu wajib baca. Mana-mana buku yang saya baca, mereka akan cakap benda dan tip yang sama dengan apa yang saya kongsikan ni. Bezanya cuma samada kita AMAL ataupun tidak. Itu jer.

Moga tips ringkas ni dapat bantu sahabat semua untuk jadi G.O.O.D person. Iaitu “Get Out Of Debt” kata rakan saya, David Lee (Certified Financial Planner)…
Wallahu a’lam.


Sumber dari: http://www.mohdzulkifli.com/2011/08/7-strategi-saya-bebas-dari-hutang.html#ixzz2z7uE1CE4


~ Semoga Bermanfaat! ~


Monday, April 7, 2014

Rambut vs hati

" Rambut sama hitam, hati lain-lain"

Tapi zaman sekarang ni, dah tak applicable kot perumpamaan tu sebab even sama-sama melayu pong, rambut dah tak sama-sama warna hitam dah, ada belang-belang, ade warna-warni ade merah ada kuning ade kelabu asap ada blonde..macam-macam la ade. Tapi isunya di sini bukan la warna rambut tu. Walaupun manusia semuanya punyai rambut dan hati, tapi perangai sangat la bermacam jenis. Kadang-kadang tu tak tercapai akal kenapa manusia boleh berperangai yang pelik-pelik. Aku cuba berperangai normal, tapi kadang-kadang kena lah ikut rentak sekeliling jugak kan.. hahahaa

Pening la jugak bila kita nak hadap manusia yang bermacam-macam perangai dan kelakuan ni, sampai kadang-kala nya kita akan rasa bosan yang teramat sampai rasa nak lari jauh-jauh ke tempat yang tak ada manusia, tapi mustahil la sebab kita tetap memerlukan satu sama lain untuk hidup dalam dunia ni. Tak kan nak minta tolong dengan sang beruk pulak kan. Dah beruk tu pulak tulis dalam blog maki aku..haihhhhh

So ape masalahnya dengan perangai manusia yang bermacam-macam jenis ni? Tak de masalah pun sebenarnye sebab disitu lah keunikan manusia ni. Yang menjadi masalahnya bila aku terasa nak mengata la bila da tengok manusia perangai pelik-pelik ni. Kan bila dah mengata aku yang dapat dosa. Pastu, bila nak mengata mesti la aku kena cari manusia lagi sorg kan, so aku da buat lagi sorang manusia berdosa selain dari aku. Ha, faham tak ape aku cuba sampaikan ni? Tak kisah la paham ke idak. Yang penting aku dah luahkan ape dalam hati aku.

Kbai!

Nukilan seorang manusia yang mengalami gangguan emosi kritikan pada hari ini, 7/4/2014.